My Story

[My
Story] Alhamdulillah tiga hari yang saya lalui bermula 23/11/2012 yang
lalu membawa makna kepada diri saya yang tidak mungkin saya akan lupa
dan sia-siakan. Hati kini penuh di dada dan saya sudah merancang
bagaimana untuk memulakan langkah untuk meredahi dunia perniagaan. Di
sana saya menemui ramai rakan-rakan yang sudah dan sedang menuju ke arah
kejayaan. Kini saya tidak lagi akan merasa ragu-ragu.

Saya
Shahrina merupakan seorang pakar ICT dan telah mempunyai pengalaman
kerjaya dibidang yang saya sama. Saya juga merupakan seorang ibu tunggal
kepada seorang puteri bernama Anis Farhana. Segala perspektif saya mula
berubah sejak saya mengikuti seminar Dr Azizan Osman. Ketika disini
saya telah menemui apa yang saya cari selama ini.

Saat di
seminar itu membuatkan saya terimbau kembali kisah saya 6 tahun yang
lalu semasa mula menyandang title ibu tunggal. Suatu ketika dahulu hidup
saya penuh dugaan. Dulu semasa saya menjadi ibu tunggal saya tidak
pernah mencari persatuan ibu tunggal kerana saya tahu saya mampu
meneruskan kehidupan saya kerana kerjaya dan pendidikan yang saya
miliki.

Di permulaan waktu itu dengan gaji basic yang saya
miliki saya menyewa sebuah bilik utama untuk tinggal bersama anak saya
dengan dikongsi bersama-sama dengan pelajar universiti UKM. Saya
berkerja bersungguh-sungguh, dan memberikan yang terbaik kepada majikan.
Saya sangat menyukai kerja saya, dari bidang perisian saya juga
membantu di bahagian kejuruteraan elektronik. Saya disenangi majikan
kerana kesungguhan saya melaksanakan tugas yang diberi, terkadang saya
balik lewat malam. Demi memikirkan masa depan anak tunggal saya, Anis,
saya juga meneruskan pengajian keperingkat master di UKM. Kelas bermula
setiap 8mlm Jumaat, dan juga hari Sabtu selama sehari. Saya bekerja
keras demi masa depan kami berdua. 

Saya cuba ikuti langkah
yang kita semua telah diajar diperingkat sekolah. “Demi untuk mencapai
kejayaan, kita perlulah miliki ilmu sehingga ke peringkat tertinggi”.
Walo bagaimana pun, gaji yang ada sememangnya cukup hanya sekadarnya.
Saya terpaksa berikat perut demi keperluan harian. Gaji yang dapat
sebahagian besarnya digunakan untuk membayar keperluan harian dan
nursery anak termasuk OT, kerana kerja lewat malam dan juga kerana
menghadiri kelas dihujung minggu. Tapi sayangnya masa saya untuk puteri
kesayangan saya sangat terhad. Kehidupan sebagai ibu tunggal yang muda,
dikalangan pelajar, dan dikelilingi masyarakat pesimistik bukanlah
mudah. Pasti akan sentiasa ada gosip dan pandangan serong masyarakat.
Demi mengelakkan diri menjadi buah mulut orang, saya sengaja berkawan
rapat dengan bangsa bukan melayu. Mereka lah kawan dan sahabat dikala
senang dan kesusahan. Di masa ini lah saya belajar membawa diri dan
mencari penyelesaian bila ditimpa kemalangan. Saya mula belajar
bagaimana untuk menghadkan perbelanjaan harian kepada RM1-RM3 sehari.

Tetapi syukur dengan anugerah yang diberi Allah saya mampu bertahan
sehingga tahun akhir. Tapi sayangnya semangat saya yang rapuh patah jua.
Saya gagal menamatkan pengajian walopun hanya tinggal semester terakhir
untuk projek tahun akhir tahun. Masalah kewangan untuk memiliki telefon
pintar dan beban kerjaya yang banyak menjadi “alasan” saya untuk
melarikan diri. Walopun digelar sebagai pelajar paling pintar dikalangan
kawan-kawan sekelas, saya lah satu-satunya pelajar yang tidak berjaya
menamatkan pengajian.

Tetapi segala onak dan duri yang saya
lalui selama ini saya pasti ada hikmah disebaliknya. Anak saya kini
sudah pun berusia 7 tahun. Sudah 6 tahun kami berdua, dan melihatkan dia
membesar kini saya sedar segala-galanya adalah pengalaman yang cukup
berharga. Saya dianugerahkan Allah kelebihan kepintaran dan kebolehan
memahami sesuatu dengan mudah dan cepat. Di sepanjang perjalanan kerjaya
saya telah pelajari banyak ilmu yang menjadikan saya seorang yang unik.
Sekiranya dulu sebagai ibu tunggal saya dimudahkan oleh Allah melalui
ranjau kehidupan. 

Kini perspektif saya berubah, saya tidak lagi
melihat dari segi kebolehan saya untuk teruskan kehidupan tanpa
persatuan ibu tunggal. Tetapi setelah seminar yang saya lalui saya lebih
melihat kepada apakah sumbangan yang mampu saya berikan kepada golongan
ibu tunggal dan anak yatim yang lain. Pertemuan saya dengan Presiden
Ibu Tunggal Putrajaya Pn Wan Sabariah
akan saya manafaatkan sepenuhnya. Saya akan cuba membimbing dan memberi
ilmu sebaik mungkin dan membantu beliau dalam tugasnya. Saya akan
curahkan ilmu yang ada bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup
mereka.

Walaupun hati saya terasa sayu setiap hari sebelum
memasuki seminar Dr Azizan kerana ibu yang sakit di HUKM. Setiap pagi
sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh saya terus keluar menuju
HUKM untuk menjengah ibu disana. Mujurlah ada adik-adik yang tidak
bekerja sepenuh masa menjaga ibu yang sakit dihospital. Jika peserta
lain berlumba-lumba hadir awal ke seminar untuk mendapatkan parking
kereta. Saya pula berkejar-kejar ke HUKM untuk melihat keadaan ibu yang
tengah terlantar sakit. Dikala ibu selesai sahaja operasi, adik
menghantar sms keadaan ibu. Dalam waktu rehat saya sempat menelefon ibu
untuk bertanyakan keadaannya. Gugur airmata mendengar suara ibu bila dia
menyatakan kesakitan yang teramat sangat di kakinya. Saat itu saya
berdoa semoga Allah kuatkan semangat adik-adik saya yang tekun menjaga
ibu. Saya doakan juga semoga ibu tabah dan kuat semangat semoga dia
cepat sembuh dan gembira semula. Saat itu terlintas dihati alangkah
baiknya jika saya berjaya menjadi seorang yang berjaya sebagai usahawan.
Pasti saya punya masa untuk menjaga ibu.

Tetapi saya yakin,
segalanya pengorbanan itu tidaklah sia-sia. Allah telah membukakan jalan
untuk saya hadir di seminar, dan saya bersyukur kerana pengorbanan saya
itu berbalas kerana kemurahanan hati Dr Azizan dan warga Richworks.
Ilmu yang saya perolehi sangat-sangat berharga. Malah lebih beharga
dari emas berlian. Dengan anugerah yang Allah kurniakan dan juga ilmu
yang baru saya timba dari seminar Dr, saya akan gunakan sebaik-baiknya
untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal dan usahawan lain dengan
menyumbang ilmu dan kepakaran saya bagi menambah nilai hidup mereka.