Prof Dr Muhaya dalam videonya di youtube menyampaikan, “Rezeki, kita dah ada Allah telah tentukan. Apa yang perlu sekarang adalah ‘menjemput’ dia datang.” Macam mana nak jemput ialah dengan mentaati suruhannya dan menjauhi semua larangan nya.
Ingat lagi “5 S” dari IMKK baru-baru ni? Doc dah simpulkan dalam formula mudah ingat:
1. Syukur
2. Sujud (tahajjud, taubat, dhuha)
3. Suci (wuduk, istighfar)
4. Selawat
5. Sedekah (ingat kita cuma pemegang amanah. Sebagai tempat laluan rezeki orang lain sahaja)
Semuanya milik Allah SWT. Baru sekarang saya faham kenapa ramai yang cakap macam ni. “Saya ni takde apa-apa, semua milik Allah”.
Saya nak confess dulu masa mula dengar macam ni, dan kerap pula orang lain cakap, saya terfikir “Diorang ni berlakon alim ke apa?” Tapi bila saya sendiri baru keluar IMKK saya pula mengucapkan benda yang sama. Lepas baca buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ saya pula bercakap serupa.
Kini baru saya faham. Rupanya saya dulu tahu tapi tak sedar. Sekarang baru betul-betul sedar. “La haula wala quwataillah billah”
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Powered by Showit
Designed by Shahrina Shaharin
let's meet in our classes... or we caN start with instagram
© Shahrina Shaharin
SHARE YOUR THOUGHTS